BIOGRAFI IMAM GHAZALI II

Entri kali ini bersambung dari entri yang lepas.Kali ni saya akan menyambung riwayat hidup Imam al Ghazali iaitun semasa kerjaya ilmiah beliau.

Kerjaya Ilmiah


Ilmu pengetahuan Imam al Ghazali mengenai fiqh ,usuluddin dan falsafah smst dikagumi oleh Nizam Al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usuluddin di Nizamiyyah (diasaskan pada tahun 458-460 H/1065-1067 M) dan di Baghdad pada tahun 484H/1091M).
Pada waktu itu ,beliau berumur 34 tahun.Beliau merupakan kemuliaan tertinggi di alam Islam dan beliau telah diangkat memegang jawatan tersebut sewaktu umurnya masih muda iaitu tiada seorang pun yang memegang jawatan tersebut ketika usia sepertinya.

Beliau berjaya sebagai professor di akademi tersebut.Kuliahnya begitu cemerlang kerana kedalaman ilmu pengetahuan serta huraiannya yang amat jelas dan menarik telah menjadi daya tarkan ramai pelajar malah para pendengar termasuk mereka dalam kalangan para saujana yang terkenal pada zaman itu.
Maka,ramai antara mereka yang mengiktiraf kefasihan ,kedalaman pengetahuan dan kemampuan beliau sebagai pembicara ilmu.Kemudiannya beliau turut diberi gelaran sebagai ahli usuluddin yang teragung dalam tradisi Asha'irah.
Beliau turut diminta memberi nasihat dlam pelbagai perkara tentang keagamaan dan siasah sehingga beliau mempunyai pengaruh yang setanding dengan pengaruh para pegawai negara yang tertinggi.

1) Kemasyhurannya sebagai Hujjatul Islam dan Profesor


Imam Al-Ghazali mencapai kejayaan yang tertinggi sebagai ulama apabila dilihat dari segi keduniaan dan lahiriahnya.Tetapi dari segi batinnya , beliau mula mengalami krisis intelektual dan kerohaniaan yang amat mendalam.Perasaan was-was dan menyoal semua perkara yang mena dahulunya beliau sendiri yang menimbulkannya malah sehingga bersikap kritikal terhadap segala mata pelajaran yang diajarnya sendiri.
Beliau merasakan kekosongan dalam segala huraian yang merupakan suatu tipu helah dalam kalangan para fuqaha'.Sistem huraian dalam kalangan ahli ilmu kalam bukan merupakan suatu keyakinan bagi ilmu dan intelektualnya.beliau menentang huraian mereka yang memberi penekanan yang berlebihan tentang perkara-perkara doktrin (fahaman) kerana semua itu telah membawa agama berada dalam lingkungan sistem ortodok (kolot) dengan pelbagai soal jawab yang mencetek dan meremehkan pemikiran.
Pelbagai perbalahan yang berlaku dalam kalangan para mutakalimun mengenai pelbagai soal jawab tentang pegangan agama yang tiada hubungan antara kehidupan manusia dan agama.Sekali lagi beliau memfokuskan dirinya kepada penelitian tentang falsafah dengan bersungguh-sungguh malah menyeluruh sehingga beliau mendapati bahawa pegangan dan keyakinan tidak boleh dibina di atas pemikiran semata-mata.Akal ada peranannya pada tahap-tahap tertentu,tetapi akhirnya Kebenaran Yang Terakhir sememangnya tidak boleh dicapai dengan akal fikiran.Dengan menyedari tentang segala batasan pemikiran antara hubungan dengan teologi,beliau menjadi ragu-ragu akan ilmu dan pegangannya lalu beliau merasa jiwa dan hatinya tidak tenang .Beliau merasakan dirinya berada dalam kedudukan yang tidak selesa.
Akhirnya beliau memperoleh kesedaran bahawa jalan yang sebenarnya ialah jalan tasawuf yang membawa manusia kepada kebenaran yang sebenar melalui pengalaman rohaniah yang sohih.
Beliau telah mempelajari ilmu tasawuf secara teori bahkan turut melakukan pelbagai amalan tasawuf tetapi beliau masih merasakan dirinya tidak cukup mendalaminya lagi.Beliau memikirkan ,jika dirinya menumpukan kepada perjalanan sufi melalui ciri-ciri kezuhudan serta tekun melakukan pelbagai amalan spiritual beserta tafakur yang mendalam , beliau mungkin akan mencapai nur yang sedang dicari-carinya.Tetapi semua itu telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjaya ilmiahnya yang cemerlang dan kedudukan keduniaan yang tinggi.Hatinya turut meruntun ingin memperoleh kemasyhuran dan kehebatan diri dalam kehidupan tetapi runtunan untuk mencari kebenaran lebih melonjak kuat dalam dirinya.Beliau merasakan bahawa dirinya memerlukan keyakinan yang mantap pada pegangan dan diperkuatkan lagi dengan pemikirannya tentang kedatangan maut.Beliau berada dalam konflik pemikiran dan perasaan tersebut selama enam bulan bermula dari bulan Rejab 488H/Julai 1095M.
Beliau mengalami kemerosotan kesihatan fizikal malah pemikirannya juga turut terganggu.Selera makan dan penghadamannya hilang hingga menyebabkan suaranya turut hilang.Maka senanglah baginya untuk melepaskan jawatannya sebagai professor lalu beliau meninggalkan kota Baghdad pada bulan Zulkaedah 488H/November 109M.
Secara lahirnya,beliau menunujukkan bahawa beliau ingin menunaikan fardhu haji.Beliau meminta saudaranya,Ahmad menggantikannya memberi pembelajaran kepada orang ramai ketika pemergiannya itu.Sebenarnya beliau menjalankan 'uzlah sebagaimana yang diajar oleh para ulama sufi demi mencapai kedamaian fikiran serta keselamatan untuk rohnya sendiri.Beliau menyedekahkan semua harta miliknya melainkan bahagian-bahagian yang tertentu yang diamanahkan untuk perbelanjaan keluarganya,kemudian beliau terus menuju ke Syria.
Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam 'uzlah (tahun 488H/1095M) di salah sebuah menara masjid Umayyah di Damsyik.Kemudian beliau pergi ke Jerusalem untuk terus menjalankan 'uzlah di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid 'Umar dan Qubbat as-Sakhr (The Dome of the Rock).


EmoticonEmoticon