Mengapa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab?

kitab al quran


Apabila kita membaca Al-Quran, kita akan mendapati banyak ayat yang menceritakan perihal penurunan kitab suci ini dalam Bahasa Arab.

Sudah tentu terfikir di benak kita, mengapakah Bahasa Arab? Mengapa tidak bahasa lain di dunia?

Sebelum menjawab soalan ini, kita lihat dahulu beberapa ayat yang menceritakan Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab.

1. Surah Yusuf, ayat 2
2. Surah An-Nahl, ayat 103
3. Surah As-Syuara’, ayat 192-195
4. Surah Taha, ayat 113
5. Surah Az-Zumar, ayat 27-28
6. Surah Fussilat, ayat 1-3
7. Surah As-Syura, ayat 7
8. Surah Az-Zukhruf, ayat 1-3

Kesemua ayat di atas secara kesimpulannya menerangkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.

Ulama tafsir menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar dan saya ringkaskan seperti berikut:

1. Meskipun Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, ia tidak menafikan penurunannya untuk seluruh umat manusia di dunia ini. Risalah Islam tidak terhad hanya untuk bangsa Arab walaupun Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.

2. Al-Quran memiliki kelebihan dan ciri-ciri yang tiada pada bahasa lain di dunia. Kehebatan Bahasa Arab terlalu banyak untuk dijelaskan antaranya dari segi susunan, huruf, balaghah dan sebagainya.

3. Kelebihan yang ada pada Bahasa Arab itu telah mensabitkan Kemukjizatan Al-Quran (I’jaz Al-Quran). Sebagai mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad, Allah telah mencabar bangsa Arab ketika itu untuk mencipta ayat membuat ayat yang boleh mengalahkan ayat suci Al-Quran tetapi mereka tidak mampu. Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 23 yang bermaksud:

“Dan kalau kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu.”

4. Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa Arab. Sudah tentulah mereka memahami bahasa Arab, tidak bahasa lain. Jika Al-Quran diturunkan dalam bahasa lain, bangsa Arab yang merupakan mad’u Nabi Muhammad ketika itu tidak akan memahaminya. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.”

Ada pula yang bertanya, mengapakah Allah memilih bangsa Arab untuk diutuskan Nabi dan diturunkan risalah Islam? Mengapa tidak bangsa Melayu atau bangsa lain di dunia?

Persoalan ini tidak mempunyai jawapan yang betul-betul tepat kerana ia berkait dengan kehendak dan pemilihan oleh Allah. Allah berhak dan mampu untuk menurunkan risalah ini kepada mana-mana bangsa di dunia.

Akan tetapi, dalam membahaskan perkara ini, ulama menulis beberapa hikmah di sebalik pemilihan bangsa Arab. Antaranya ialah:

1. Kita bertanya dahulu, pada ketika awal Islam diturunkan, bangsa manakah di dunia ini yang layak menerima risalah Islam dan memandu umat manusia ke jalan kebenaran?

Ketika itu, terdapat dua kuasa besar dunia iaitu Rum dan Parsi. Rum adalah penganut ajaran Kristian yang terseleweng. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api.

Bangsa lain pula seperti Yahudi menganut ajaran Nabi Musa yang juga telah terseleweng. Bangsa Yunani pula menyembah berhala.

Adakah bangsa-bangsa ini layak memimpin umat manusia berdasarkan ajaran Islam?

2. Semenanjung Tanah Arab ketika itu agak kurang terkesan dengan pengaruh ajaran-ajaran sesat yang dipegang oleh bangsa lain.

Begitu juga dari segi geografi, Tanah Arab berada di tengah-tengah dan kehidupan Arab adalah lebih dekat dengan fitrah manusia.

Jahiliyahnya bangsa Arab ketika itu dimaksudkan dengan jahil mengenal Tuhan di samping akhlak yang teruk tetapi tidak dinafikan terdapat unsur-unsur yang baik pada bangsa Arab.

Berbalik kepada persoalan, mengapakah bangsa Arab?

Secara mudahnya kita menjawab ia adalah pilihan dan ilmu Allah berdasarkan ciri-ciri yang ada pada bangsa Arab yang tiada pada bangsa lain.

Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)


Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/10/mengapa-al-quran-diturunkan-dalam-bahasa-arab/

Read More

Halloween Haram Disambut Umat Islam

umat islam haram sambut halloween




Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?

Jawapan:


Definisi Halloween

Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eveatau All Saints’ Eve.

Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Sambutan Halloween

Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata “Trick or treat!”. Ucapan “Trick or treat!”merupakan semacam “ugutan” yang membawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau.”

Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara “menghiasi” pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Hukum Berkenaan Dengan Halloween

Dikatakan di sini bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ


Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.


Riwayat Abu Daud (4031)

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]

Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]

Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.

Pendapat Badan Fatwa
  1. Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.
  2. Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini.

Pendapat Ulama’
  1. Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir.
  2. Sheikh Dr. Ahmad Sa’id Hawwa ahli Syrian Islamic Council mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hari Halloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka.
  3. Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine’s Day dan April’s Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.

Penutup

Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,


S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan




Read More

Wangi Bersama D'Vone Inspired Perfume

RM 10


NAK WANGI SETIAP HARI TAPI BAJET CIPUT?
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
.Nak beli perfume berjenama tapi  tak cukup duit?
Nak beli perfume yg bauannya tahan lama?
Nak jimatkan duit poket anda?
.
Gunakan D'Vône INSPIRED PERFUMES untuk membantu menyelesaikan masalah anda.
.
+++++++++++++++++++++++++++++
KEUNIKAN D'Vône INSPIRED PERFUMES
+++++++++++++++++++++++++++++
.
PATI PERFUME EDP
Kalau dulu nk wangi punyer pasal, tpaksa abiskan duit beratus2 henggit utk beli original kat butik2 & mall. Tapi lepas guna D'Vône Perfumes nie, memang xcari yg lain dah. Kualiti D'Vône nie memang OHSEM laa. Dah la Eau De Parfum (EDP), harga TERLAJAK MURAH pulak tuu.
.
KETAHANAN MELEBIHI 8 JAM
Sape yg kerja opis tu memang kena try la D'Vône Perfumes nie. Spray sekali pukul 8 pagi time nak dtg opis, lepas balik kerja bau D'Vône nie masih melekat lagi kat baju. Xpayah dah keluar duit beli perfume mahal2 pasni.
.
SAH DIGUNA UNTUK SOLAT
D'Vône Perfumes menggunakan sejenis alkohol (ethyl) gred tertinggi khusus utk perfume badan yg trhasil extrak drpda tumbuhan2. Mesra solat dan SAH DIGUNA UNTUK SOLAT.
.
MENAMBAH KEYAKINAN DIRI
Sy ade masalah bau badan dulu, memang xde keyakinan sgt bila nak berdepan dgn kawan2. Sbb diorg semua wangi2! Tapi, bila dah guna D'Vône Perfumes ni, keyakinan sy makin brtmbah utk berdepan dgn kwn2 sy. Diorg tu siap tanya lg perfume brand ape sy pakai !.
.
TRUSTED SELLER
Jangan risau, kami merupakan salah satu perniagaan sah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika anda mempunyai masalah boleh merujuk kpd pihak SSM mengenai perniagaan kami. NO SSM: KT0394327-V
.
.
+++++++++++++
D'Vône FOR HIM
+++++++++++++
.
1. Acqua Di Gio by Giorgio Armani
2. Ferrari Black by Ferrari
3. Desire Blue by Dunhill
4. Desire Red by Dunhill
5. Eros by Versace
6. Invictus by Paco Rabanne
7. Polo Sport by Ralph Lauren
8. CH212 VIP by Carolina Herrera
.
++++++++++++++
D'Vône FOR HER
++++++++++++++
.
1. Gucci Flora by Gucci
2. Dior Addict by Christian Dior
3. Dior J'Adore by Christian Dior
4. Paris Hilton by Paris Hilton
5. Guess Pink by Guess
6. Romantic Wish by Victoria Secret
7. Miracle by Lancome
8. Bright Crystal by Versace
.
.
++++++++++++++++
HARGA: RM 10 sahaja
++++++++++++++++
.
.
Komen "PM" kat bawah SEKARANG !
Komen "PM" kat bawah SEKARANG !
Komen "PM" kat bawah SEKARANG !

Atau

WHATSAPP ke 0136760259
WHATSAPP ke 0136760259
WHATSAPP ke 0136760259
Read More

Kelebihan Ayat Kursi

Sebab Nuzul (turun ayat)


Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah s.a.w memanggil Zaid bin Tsabit r.a untuk menulisnya .Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dunia ini bergoncang ,segala mahkota yang ada di kepala raja-raja terjatuh , dan syaitan lari bertempiaran , berlanggaran sesama sendiri . Syaitan berkumpul menemui Iblis lantas Iblis menyuruh mereka mencari dan menyelidik punca berlakunya keadaan yang menggemparkan itu.Akhirnya mereka tiba ke Madinah dan mendapati Ayat Kursi diturunkan.


Kelebihan ayat Kursi

Dari Hasan bin Ali ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang membaca ayat kursi di akhir setiap solat fardhu ia berada dalam perlindungan Allah sehingga solat yang lain.
Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Di dalam surah al-Baqarah ada satu ayat yang menjadi yang menjadi kepala kepada semua ayat-ayat al-Quran ,tidak dibaca ayat itu di dalam rumah yang ada syaitan di dalamnya melainkan ia keluar daripada rumah itu iaitu ayat Kursi.
Pada suatu hari Saidina 'Umar al-Khattab keluar melihat orang -orang sedang duduk berkumpul ,maka ia bertanya ,"Siapakah di antara kamu yang dapat menerangkan ayat apakah yang terbesar dalam al-Quran?"Ibn Mas'ud menjawab ,"Anda telah mendapatkan orang yang mengetahuinya , saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Ayat terbesar dalam al-Quran ialah (permulaan ayat kursi hingga akhir)" (Hadis Diriwayat Marduyah)
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Bahawa ayat Kursi ini ialah penghulu ayat-ayat al-Quran dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharaah ia daripada bala bencana dan daripada gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh al Buni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Read More

Orang Pertama Dicampakkan ke Neraka


Daripada Abu Hurairah R.A ,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya .Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim)

Riyak dan Sum'ah

Hadis ini menyebut bahawa antara orang pertama yang masuk ke neraka ialah mereka yang suka menipu agama Allah.Mereka memang beribadah ,namun ibadat itu tidak diniatkan kerana Allah,sebaliknya mereka beribadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai.Sikap seperti ini disebut riyak dan sum'ah ,melakukan ibadah untuk manusia bukan kerana Allah .Riyak berkaitan dengan penglihatan manusia ,sementara sum'ah berkaitan dengan pendengaran.Sesiapa beramal agar dilihat manusia ,maka itu riyak ,dan siapa yang beramal agar berita amalan itu didengar manusia ,maka itu sum'ah .Kedua-duanya mengundang murka Allah s.w.t.Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah s.w.t berfirman:"Sesiapa yang melakuakn suatu amalan sambil mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain,maka Aku berlepas daripadanya.Amalan itu untuk pihak yang disekutukannya itu."Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah berkata:"Apabila seorang hamba melakukan ibadah dengan riyak,Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat :"Tengoklah hamba-Ku ini,dia sedang mempersendakan diri-Ku."Riyak dan sum'ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah.Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia,hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut.Dia tidak akan mendapatkan apa-apa ganjaran daripada Allah s.w.t kelak.

Penyakit Orang Baik.

Penyakit ini hanya menghinggapi "orang baik" sahaja.Orang jahat dan tidak mengenali Allah tidak memiliki sifat-sifat ini kerana mereka tidak melakukan ibadah sama sekali.Mereka akan menjadi bara api neraka tanpa dihisab.Adapun orang yang baik ini ,maka ia mesti terus menjaga kemurnian ibadahnya.Setiap kali melakukan ibadah,dia wajib meluruskan niat agar ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t ,terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji dirinya.Syeikh Ali al-Khawas berkata:"Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah ,lalu seseorang memujimu ,maka ia satu peringatan atas kekurangan yang terdapat dalam diri.Maka periksalah dirimu,Carilah sebabnya,kenapa manusia memujimu?Boleh jadi Allah melihat kamu menyukai pujian ,maka Allah memberikan pujian itu untukmu sebagai satu-satunya balasan atas ibadah tersebut.Seperti seorang ayah yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan.
"Untuk menghindari sifat ini,kita wajib mengetahui tanda-tandanya.Pastikan tanda-tanda tersebut tidak terdapat dalam diri kita.Ali bin Abi Talib pernah berkata;"Tanda riyak tiga perkara:

  1. Malas beramal jika sendirian
  2. Rajin beramal jika dalam ramai
  3. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela."

Tanda pertama dan kedua sangat jelas.Orang yang memiliki sifat riyak bermotivasi untuk beramal hanya apabila ramai orang yang melihatnya.Namun apabila tidak ada sesiapa yang melihatnya ,dia akan malas melakukan amalan tersebut.Adapun tanda ketiga tersebut oleh Saiyidina Ali ,ia sangat halus dan jarang disedari.Yakni,sesiapa yang tidak suka pujian ,maka ia tidak takut celaan.Sesiapa yang bebas daripada sifat riyak,ia akan terus istiqamah beramal walaupun semua makhuk mencela dan memulaukannya.Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak mengerakkanya untuk beramal.Para ulama:"Tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghormatan daripada mereka."


Riyak kerana Amalan Orang Lain


Riyak dengan amalan sendiri memang sangat buruk.Namun jauh lebih buruk daripada itu,orang yang riyak dengan amalan orang lain.Berkata al-Fudhail bin 'Iyad:Orang terdahulu riyak dengan amalannya.Namun manusia hari ini riyak dengan apa yang tidak pernah dilakukannya."Orang seperti ini ramai kita temui dalam masyarakat kita kini.CIrinya antara lain suka menyebut kebesaran nenek moyangnya,keturunannya atau orang yang hebat dalam keluarganya padahal ia sendiri tidak memiliki kehebatan tersebut.Dia ingin orang lain menghormatinya atas perkara yang tidak dimilikinya,Imam al-Sha'rani berkata:"Hendaklah orang yang memuji bapa atau datuknya selalu memeriksa hati.Sering kali pujian itu hanya perwujudan hawa nafsu belaka."Orang seperti ini hakikatnya sedang mempersendakan dirinya sendiri.Kalaupun ada orang yang memujinya ,dia bukan kawan sejati.Dia hanya memuji kerana menginginkan sesuatu disebaliknya.Apabila dia tidak mendapat sesuatu yang dihajati itu,pujian tersebut akan segera berubah menjadi celaan.Imam al-Syafi'i berkata:"Sesiapa yang memujimu kerana sesuatu yang tidak engkau miliki,suatu hari nanti dia juga akan mencelamu kerana sesuatu yang engkau tidak miliki."

Hamba yang Dicintai Allah

Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Aslam :"Pada suatu hari,Umar bin al-Khattab melihat Mu'az bin Jabal sedang menangis di sisi kubur Nabi s.a.w.Belau lalu bertanya:"Apakah yang menyebabkanmu menangis?"Mu'az menjawab :"Aku teringat sesuatu yang aku dengar daripada penghuni kubur ini.Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda(yang bermaksud):"Sesungguhnya sedikit riyak ialah syirik.Sesiapa yang memusuhi wali Allah ,maka dia telah menyatakan perang kepada-Nya.Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba yang berbakti ,bertakwa dan tersembunyi.Jika mereka hadir ,tidak ada yang mengenalinya.Hati mereka ialah lentera-lentera petunjuk."Kekasih Allah tidak menyukai kemasyhuran.Mereka selalu khuatir andai amal ibadahnya ditolak,meskipun telah melakukannya dengan sempurna.Kesibukannya dengan Allah tidak meninggalkan baki masa baginya untuk mendengar pujian atau celaan orang lain .Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti:"Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu ,harta dan jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat.Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?"Semoga Allah memberikan keikhlasan dalam hati-hati kita,mengampuni dosa-dosa kita dan menerima amal ibadah kita.

(sumber daripada Majalah Solusi Isu 36 2011)
Read More

Amalan Berdasarkan Niat





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar al-Khattab r.a.,beliau berkata:"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat.Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.Oleh itu,sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya,maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keterangan Hadis


Hadis ini menunjukkan bahawa niat merupakan tunjang bagi mensahihkan amalan.Lantaran itu apabila baik niatnya,maka baiklah amalan tersebut.Jika buruk niatnya,maka rosaklah amalannya. Sabda Nabi s.a.w,:(Sesungguhnya segala amalan) bolah menjadi maksud kesahihan sesuatu amalan atau penerimaan amalan tersebut dan dipegang oleh Imam Abu Hanifah dengan mengecualikan amalan -amalan berbentuk melepaskan tanggungjawab atau hak seperti membersihkan najis.Kesahihan amalan tersebut tidak bergantung kepada niat yang sahih,namun pahalanya bergantung kepada niat melakukan ibadat kepada Allah.Jika dia berniat melakukan amalan kerana melaksanakan perintah Allah,dia memperolehi pahala.Jika dia berniat kerana tujuan lain,dia tidak memperolehi apa-apa.


Niat juga disyariatkan bagi membezakan antara adat(kebiasaan) dan ibadah atau membezakan kedudukan dan martabat sesuatu ibadat.Contoh niat membezakan antara adat dan ibadat:Duduk di dalam masjid.Kadangkala bertujuan berehat dan ini adalah adat(kebiasaan).Kadangkala bertujuan ibadah dengan niat i'ktikaf.Yang membezakan antara adat dan ibadat ialah niat.Begitu juga dengan mandi,jika dilakukannya berdasarkan adat kebiasaan,dengan tujuan membersihkan badan.Ia juga dilakukan dengan tujuan ibadah.Yang membezakannya ialah niat.
Pengertian ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w ketika ditanya lelaki yang berperang kerana riya' ,semangat dan keberanian.Siapakah yang berjuang pada jalan Allah s.w.t.Sabda Baginda s.a.w.:


Sesiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang menjulang tinggi ,maka dia berjuang pada jalan Allah Taala.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Contoh niat yang membezakan kedudukan dan martabat sesuatu ibadat:Sesiapa yang bersembahyang empat rakaat ,adakalanya dia berniat solat fardhu seperti solat Zohor,adakalanya dia berniat melakukan solat sunat seperti solat sunat hajat empat rakaat.Maka yang membezakannya adalah niat.

Sabda Nabi s.a.w:(sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya),iaitu dengan berniat dan pilihan sendiri,(maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya),iaitu dari segi hukum dan permintaan syarak.

Sabda Nabi s.a.w:(Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang dikahwininya ,maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut.)


Para ulama telah menukilkan bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah dari Mekkah ke Madinah bukan tujuan untuk memperoleh kelebihan dan ganjaran hijrah tetapi berhijrah demi mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais.Lalu beliau digelar'Muhajir Ummu Qais'(riwayat at-Tobhrani)

Jika ditimbulkan persoalan :Perkahwinan merupakan antara tuntutan syarak dan bukan tuntutan keduniaan?
Jawapan:Secara zahirnya ,dia keluar bukan untuk berkahwin tetapi untuk berhijrah.Apabila terdapat perbezaan antara yang batin dan zahir,maka dia layak dicela dan dicerca.

Sabda Nabi s.a.w:(maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut.)Sabda ini menunjukkan seseorang tidak akan memperolehi pahala jika tujuannya menunaikan haji untuk berniaga dan melawat .Sekiranya dia bertujuan untuk menunaikan haji, dia akan memperolehi pahala dan perniagaan tersebut sebagai sampingan sahaja.Namun pahalanya tetap kurang berbanding mereka yang pergi hanya menunaikan haji.Jika kedua-dua perkara tersebut menjadi tujuannya,boleh jadi dia memperolehi pahala.Lantaran pemergiannya bukan bukan kerana dunia semata-mata.


Intisari Hadis

  1. Sesiapa yang berniat ingin melakukan amalan soleh,namun terhalang untuk melakukannya kerana keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti sakit,maka tetap akan mendapat pahala.
  2. Amalan tidak sah tanpa niat tetapi niat tanpa amalan tetap diberi pahala.
  3. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan ibadah dan amalan kita agar memperolehi ganjaran dan pahala di akhirat,taufik dan kejayaan di dunia.
  4. Semua amalan yang bermanfaat dan baikyang disertai niat juga ikhlas mencari kerdhaan Allah menjadi ibadah.
Read More

Jauhi aliran promosi akidah bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah



Alhamdulillah dengan inayah dan pilihan Allah SWT, rantau ini telah menerima akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan beragama sehingga mempengaruhi cara menyusun masyarakat dan bernegara.

Dari sudut akidahnya, masyarakat negara ini jelas terbimbing dengan menolak akidah mensyirikkan Allah SWT seperti mengagungkan imam-imam tertentu seolah-olah seperti tuhan yang memiliki langit dan bumi seperti yang difahami oleh golongan Syiah.

Dalam kitab Al-Kafi jilid 1 halaman 409, bab “Dunia ini semua kepunyaan Imam” Muhammad bin Yaakub Al-Kulaini meriwayatkan dari Abi Abdillah “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana di kehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.

Aqidah ini wajib ditolak kerana bertentangan dengan firman Allah SWT “Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah” [ Al-A’raf: 128 ] Firman Allah lagi “KepunyaanNya lah kerajaan langit dan bumi.” [ Al-Hadid: 2 ]

Umat Islam juga wajib menolak akidah yang ada di kalangan manusia terutamanya yang mereka istilahkan sebagai Imam mampu mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun. Sedangkan jelas lagi nyata bahawa hanya yang Maha Tahu adalah Allah SWT.

Perkara asas yang telah diperkukuhkan dalam akidah kita ialah Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada RasulNya yang terpelihara dengan jaminan Allah SWT kepada RasulNya yang terpelihara dengan jaminan Allah SWT. Itulah Al-Quran yang sama berada di tangan kita pada hari ini.

Sesiapa yang beriktiqad bahawa ia telah ditambah, dikurangkan atau diubah dan diselewengkan, maka ia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam. Ibnu Hazm dalam kitab al Durrah fima yajibu I’tiqaduhu menyatakan “Sesiapa yang berkata bahawa berlaku kekurangan satu huruf pada Al-Quran selepas kewafatan Rasulillah SAW atau ditambah padanya satu huruf, maka sesungguhnya ia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam, kerana ia telah menyalahi firman Allah Azza wa Jalla, hadith-hadith Nabi SAW dan ijma’ ulama Islam.

Maka jika pembaca dipromosi dengan satu aliran dan ajaran yang mengatakan Al-Quran hari ini adalah bukan asli dan telah diselewengkan manakala al Quran asli dan hakiki akan muncul bersama-sama imam yang akan muncul pada akhir zaman nanti.

Namun inilah yang dijadikan pegangan oleh golongan yang sesat ini sehingga seorang tokoh mereka bernama Al-Husin bin Muhammad Taqiyy An Nury At Tabrasy mengarang kitab khusus bagi membuktikan berlaku perubahan pada al Quran dan diberi tajuk Faslu al khitab fi ithbaat tahriif kitab robbil arbab bermaksud: Kata Muktamad dalam mensabitkan berlaku perubahan pada kitab Tuhan.

Para sahabat Rasulullah SAW mempunyai martabat yang tinggi dan kedudukan Istimewa dalam Islam. Mereka adalah generasi pertama yang telah memberikan pengorbanan dan berjihad bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan Islam dan menghancurkan kuasa kufur dan syirik.

Kedudukan mereka diperakui dalam beberapa ayat al Quran seperti “ Dan orang-orang yang terdahulu dan terawal (memeluk Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik (tabi’in) , Allah reda kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. [ At-Taubah: 100 ]

Abu Zur’ah ((meninggal dunia 264) seorang ulama terkenal dari kurun ketiga hijrah dan guru kepada Imam Muslim menyatakan “ Jika kamu melihat orang mencerca mana-mana sahabat Rasulullah SAW, maka ketahuilah ia adalah seorang zindiq. Kerana bagi kita Rasulullah SAW adalah benar, dan Al-Quran itu benar; sesungguhnya yang menyampaikan kepada kita al Quran dan al Sunnah adalah sahabat-sahabatnya.

Mereka sesungguhnya ingin mencacatkan saksi-saksi kita untuk membatalkan al Quran dan al Sunnah .(Ibnu Hajar di dalam al Sowaiq al Muhriqah). Namun rujukan utama dalam golongan sesat ini seperti Muhammad Baqir Al-Majlisi yang digelar Khatimatul Muhaddithin menyebut di dalam Bihar Al-Anwar: “Sesungguhnya hadith-hadith yang mmenunjukkan kekufuran Abu Bakar dan Umar dan yang seumpama keduanya dan pahala melaknat mereka serta membersihkan diri dari mereka adalah lebih banyak daripada yang mampu disebut dalam kitab ini.”

Sebenarnya banyak lagi persimpangan yang sangat sukar untuk menemukan titik keharmonian khususnya yang bersangkutan dengan akidah antara kita yang beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan-golongan yang jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Berjuanglah untuk mengekalkan negara ini sebagai negara sunni.

Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak

Read More

Tanda amal tidak diterima Allah



Amal kebaikan yang kita lakukan sudah pasti ada kesannya terhadap diri kita. Para ulama membincangkan perkara ini dalam topik tasauf dan raqaiq (perkara yang melembutkan hati).

Solat, puasa, zakat semuanya itu memberikan cahaya kepada seorang muslim. Apatah lagi jika dia menambah dengan ibadah sunat maka bertambahlah seri cahaya kesan daripada ibadahnya.

Cuma, kadangkala berlaku juga keadaan bila seorang itu seolah-olah tiada langsung kesan daripada ibadahnya. Dia menunaikan solat tapi dia terus mengumpat. Dia melazimi puasa sunat yang besar ganjarannya tapi dia kasar dalam bahasanya bila berkomunikasi. Sedih.

Rupanya ulama menamakan hal ini adalah tanda sesuatu amalan tidak diterima oleh Allah SWT. Seorang yang soleh sentiasa merancang untuk melakukan kebaikan, adapun orang yang mendekati Allah SWT sentiasa runsing adakah amalannya diterima oleh Allah SWT. Beza antara dua darjat.

Lihat semula diri kita. Boleh jadi amalan kita semua hilang ditiup angin riya dan sifat hati yang lain.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

Read More

Mangsa kebakaran HSA selamat dikebumikan



Batu Pahat: Jenazah Yusof Hassan, 53, seorang daripada enam mangsa kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Separap di sini, hari ini.

Jenazah tiba di Masjid Ungku Ahmad, Kampung Separap, pada 9.30 malam dari HSA,disembahyangkan ratusan penduduk kampung sebelum dikebumikan hampir sejam kemudian.


Anak saudaranya, Jamaliah Abdul Hamid, 58, berkata, Allahyarham yang tidak pernah berumahtangga tinggal berseorangan di Kampung Parit Lapis, Separap.

"Allahyarham adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

"Sebelum itu, Allahyarham terjatuh di rumahnya hingga tidak sedarkan diri dan disyaki menghidap ketumbuhan di kepala.

"Kali terakhir bertemunya Ahad lalu, ketika melawat Allahyarham di wad berkenaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham, hari ini.

Menurutnya, bapa saudaranya itu dikenali orang ramai kerana melakukan kerja kampung.

Katanya, keluarganya menerima berita itu apabila dihubungi sepupu yang menjaga arwah di HSA.

Walaupun terkejut dengan berita itu, katanya, mereka reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Ismail Roslan.

Read More

Wad ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA) Terbakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,pagi semalam Malaysia khususnya di negeri Johor telah dikejutkan dengan berita kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Berikut senarai nama pesakit yang terkorban dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi, Tingkat Dua, Hospital Sultanah Aminah, hari ini.

Senarai nama empat wanita dan dua lelaki yang terkorban itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.


1. K. Logeswaran, 20.

2. Choo Lin Fung, 37.

3. Tow Ah Wah, 60.

4. Yusuf Hasan, 53.

5. M Kaliama, 23.

6. C Neeramala Devi, 24.


Berikut disediakan kronologi kebakaran









Read More

Kelebihan dan Testimoni Jus Adawa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Hari ini saya berkesempatan untuk menerangkan salah satu produk Rawwaf iaitu Jus Adawa.



APA TU JUS ADAWA..
==================

☆JUS ADAWA adalah jus herba tinggi antioksida. Yang penting rasa sedappp. Minum 2 sudu 2 kali sehari utk kembalikan keceriaan hidup anda.

☆JUS ADAWA mengandungi antioksida dan flavonoid yang boleh membantu memperbaiki fungsi sel-sel pankreas. Pankreas ni penting sebab ia mengeluarkan insulin yang membantu penyerapan glukosa oleh badan kita.

☆JUS ADAWA merupakan formulasi yang dipertingkatkan, hasil gabungan beberapa jenis jus herba batch asal. Jus-jus keluaran kilang ni dah berjaya membantu ramai pesakit yang bermasalah..Alhamdulillah

FUNGSI ANTIOKSIDA KEPADA SISTEM PANKREAS

Kalenjar pankreas menghasilkan hormon insulin yang dirembeskan ke dalam aliran darah. Ia bagi mengawal kadar glukosa dalam darah.
.
Kekurangan insulin akibat kegagalan atau disfungsi pankreas boleh menyebabkan glukosa gagal diserap oleh sel badan dan kekal dalam aliran darah. Kerana itulah terjadinya Diabetes Mellitus atau kencing manis.
.
Antioksida yang terdapat dalam JUS ADAWA boleh membantu mencegah kerosakan sel beta pankreas. Sel pankreas akan mengalami regenerasi dan mengembalikan produksi insulin yang mencukupi.

============================
HERBA DAN SUPERFOOD SEBAGAI RAMUAN JUS ADAWA
============================

1. Daun Rerama

2. Daun Belalai Gajah

3. Tunjuk Langit

4. Mahkota Dewa

5. Hempedu Bumi

6. Jus Delima

7. Habbatussauda

8. Biji Aprikot

SEMUA HERBA NI SANGAT BAGUS DALAM BIDANG PENJAGAAN KESIHATAN KHUSUSNYA BAGI YANG TINGGI PARAS GULA..

KHASIAT JUS ADAWA
  • Mengatasi tekanan darah tinggi
  • Mengatasi masalah sendi dan gout
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Meningkatkan antibodi / imuniti
  • Mencuci buah pinggang
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Melancarkan sistem anggota badan
  • Mengatasi asma / lelah
  • Mengurangkan keletihan
  • Anti kanser
  • Anti keradangan
  • Membuang toksin
  • Menstabilkan hormon
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Mengembalikan tenaga dalaman
  • Mengurangkan simpton hepatitis
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan risiko jantung


ANTARA TESTIMONI JUS ADAWA









Anda boleh dapatkannya dengan harga RM 75 
Cas pos RM 8 (SM) / RM 12 (SS)

Jika berminat hubungi 0136760259

Read More

Logo halal kita terbaik di dunia

JAKIM



BARU-baru ini sekali lagi Industri Halal di Malaysia dihebohkan pula dengan isu status Halal sebuah syarikat makanan berangkai yang telah ditolak Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ramai pengguna media sosial terkejut disebabkan hal ini. Seperti biasa bermacam-macam komen dapat dibaca apabila “keyboard warrior” bekerja. Saya sangat berharap semua pengguna di Malaysia sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Halal JAKIM di tempat pertama. Hal ini kerana, Standard Halal yang dikeluarkan JAKIM adalah yang terbaik di Dunia. Bertenanglah seketika, jangan percaya komen yang boleh diibaratkan seperti “baling batu sembunyi tangan” hingga pihak Hub Halal JAKIM meluluskan kembali sijil Halal tersebut setelah syarat yang ketat dipatuhi syarikat berkenaan.

Industri Halal Dunia

Buat pengetahuan semua, Industri Halal Dunia adalah bernilai USD 2.1 Trillion (HDC, 2013). Malaysia selaku pemain utama dalam Industri ini, sangat menjaga kualiti pensijilan Halal yang dikeluarkan hinggakan sistem pensijilan Halal JAKIM cuba ditiru oleh badan pensijilan Halal luar negara.

Tambahan pula, JAKIM telah bekerjasama dengan Jabatan Standard Malaysia dan universiti tempatan serta pakar tempatan telah mengeluarkan MS 1500:2009 (Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan -Garis Panduan Umum sebagai panduan kepada semua yang terlibat dalam industri Halal di Malaysia. Malah, Standard bertulis seperti ini adalah yang pertama dikeluarkan di dunia berkaitan Industri Halal.

JAKIM sangat menjaga kualiti pensijilan Halal yang dikeluarkan bagi memastikan pengusaha yang benar-benar layak sahaja mendapat sijil tersebut. Sebagai contoh, syarikat yang ingin memohon pensijilan Halal perlu melantik pegawai Halal Eksekutif yang bertauliah secara tetap bagi menjaga urusan Halal di syarikat berkenaan. Perlunya, sekurang-kurangnya dua orang pekerja beragama Islam tempatan yang bekerja secara tetap terutama di bahagian produksi. Malah, majikan perlu menyediakan surau bagi membolehkan pekerja Islam di syarikat berkenan untuk solat fardhu. Tambahan lagi, pihak majikan juga perlu membenarkan pekerja lelaki muslim untuk menunaikan solat jumaat. Ini adalah sebahagian dari syarat-syarat yang perlu dipatuhi semua majikan yang ingin memohon pensijilan Halal JAKIM seperti yang tercatat dalam Manual Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia MPPHM (Semakan Ketiga) 2014.

Sebagai orang Islam, perlunya untuk kita mencari makan halal lagi baik selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2; 168:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang Halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu”

Selari dengan ayat ini, JAKIM sangat menjaga Halal dan Toyyiban. Bagi menjaga kualiti Halal, pihak JAKIM akan memastikan produk yang dimohon adalah bebas dari bahan berasaskan arak, bebas dari bahan berasaskan babi dan sembelihan mestilah mengikut syariat Islam. Manakala bagi Toyyiban pula pihak JAKIM akan memastikan Kebersihan dan keselamatan makanan dalam keadaan terbaik seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kita sepatutnya bersyukur, hanya Malaysia satu-satunya negara di dunia hingga kini yang mempunyai Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pensijilan Halal di negara-negara luar selalunya diuruskan oleh Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Komuniti Islam di negara berkenaan. Hal ini menjadikan sistem Pensijilan Halal Malaysia cuba ditiru malah badan pensijilan Halal negara terbabit cuba mendapatkan tauliah dari JAKIM sebagai standard tertinggi halal dunia.

Sebagai pengguna Islam di Malaysia saya akan pastikan produk makanan di rumah saya adalah Halal dan Toyyiban kerana saya inginkan keberkatan Allah dan ibadah yang saya lakukan diterima Allah sesuai dengan hadis 10 dalam Kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Atas sebab ini, saya tidak ragu lagi untuk memilih produk makanan yang terdapat Logo Halal JAKIM yang sah.

Wan Mohd Amir Wan Mohamad Zaharuddin
Graduan Halal Management and Research Academy (HAMRA)

Read More

Membeli Belah di Tudung2u


Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca sekalian khasnya kepada para wanita.Sudah kita ketahui bahawa kita sebagai orang Islam WAJIB menutup aurat.Aurat bagi wanita ialah SELURUH anggota badan kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan.

Pada masa ini terdapat banyak jenis fesyen terkini yang boleh didapati termasuklah tudung , baju dan lain-lain,tetapi adakah sudah menutup aurat dan menepati syarak? Oleh itu,sebagai wanita muslim anda harus bijak dan peka terhadap pakaian yang anda mahu beli.

Kini terdapat banyak koleksi pakaian mengikut fesyen terbaru yang menepati syarak khasnya tudung.Tudung juga telah banyak melalui perubahan dari semasa ke semasa. Anda boleh mendapatkan tudung online murah dan cantik dengan fesyen terkini dengan membeli belah di Tudung2u


Tudung2u menawarkan pelbagai jenis tudung seperti tudung shawl,tudung instant,tudung bawal dan tudung segi empat.Terdapat pelbagai jenama tudung yang ada dan sesuai untuk semua jenis umur.Tudung yang dijual juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Berikut ialah koleksi tudung yang terhangat di pasaran:


RM 55.00
RM 59.90
RM 25.00

Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi tudung terbaru,anda boleh melawat laman web rasmi Tudung2u  iaitu http://tudung2u.com.my .


Read More

Produk Herba Dari Rawwaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berita baik untuk anda kerana saya telah menjadi dropship untuk produk herba dari syarikat membuat herba yang semakin dikenali ramai, iaitu dari Rawwaf Synergy Resources yang berpusat di Kuala Lipis,Pahang.Syarikat ini dikenali dengan "Ingat Herba....Ingat Rawwaf!"

Buat masa ini, Rawwaf hanya mengeluarkan empat produk sahaja iaitu:


  1. Jus Kesihatan Adawa 

  2. Jus Minda Dynamic S2
  3. Stevia Tablet
  4. Sabun Muka Kolagen Premiera
Harga yang tertera pada gambar di atas ialah harga promosi hingga akhir tahun ini dan tidak termasuk cas pos RM 8(SM) , RM 12(SS).

Jika berminat boleh whatsapp ke 0136760259

Read More

Sultan Kelantan - Yang di-Pertuan Agong ke-15



BERNAMA



Kuala Lumpur: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini hari ini.


Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.


Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

sumber:  http://www.hmetro.com.my/node/173990
Read More

Vida mengaku tak salah

Dato' Seri Vida tiba di Makhamah Sesyen Ipoh
Ipoh: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 32 pertuduhan.

Beliau didakwa gagal kemuka penyata dan gagal bayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta bagi April 2015 hingga Julai 2016.


Bagaimanapun, Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di depan Hakim Murtazadi Amran.

Dia yang juga pemilik tunggal Syarikat Vida Beauty didakwa atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST antara April 2015 hingga Julai 2016.

Untuk baki 16 pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 kerana gagal membayar cukai GST dikenakan terhadapnya dalam tempoh masa ditetapkan bagi April 2015 hingga Julai 2016.

Murtazadi kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan RM60,000 bagi setiap pertuduhan gagal membayar cukai dengan seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport antarabangsanya.

Kes akan disebut semula 15 November ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Hasmiza diwakili peguam Khairil Azwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Read More

Beg Tangan Hebat

SPECIAL BADGES BAG BLACK WB3003


Size 
Length : 43cm
Height : 30cm
Width : 11cm
MaterialDenim
Kos Penghantaran
LocationCost
Peninsular MalaysiaRM  7.60
Sabah & SarawakRM  11.95
Harga : RM 35.00 

Berminat whatsapp 0136760259

Kod Produk : WB3003-BK


Read More

Matikan, jangan guna Note 7

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd meminta semua pemilik tempahan awal Galaxy Note 7 mematikan gajet mereka dengan segera.

Menurut kenyataan SME hari ini, pemilik Note 7 diberi pilihan sama ada memulangkan semula atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S7 Edge, dengan syarat mereka memulangkan Galaxy Note 7 dalam keadaan baik.


"Semua pemilik tempahan awal akan dihubungi Khidmat Pelanggan Samsung, operator rangkaian mobil berkaitan atau rakan kongsi yang terbabit bermula 13 Oktober berhubung program pemulangan semula atau penukaran telefon.

“Mereka boleh menghubungi talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut,” kata kenyataan itu.

Samsung sebelum ini menarik balik kira-kira dua juta unit Note 7 berikutan kejadian telefon itu terbakar namun telefon gantian Note 7 dinaiktaraf juga terbakar.

Awal minggu ini, Samsung menggantung pengeluaran Galaxy Note 7 dan agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Samsung sudah menggantung penjualan Note 7 peringkat global mulai semalam.

Samsung dalam kenyataan di laman webnya menyatakan ia menghentikan penjualan Note 7 di peringkat global dan bersetuju menggantikannya selepas berbincang dengan agensi kerajaan Korea berkaitan Teknologi dan Standard serta pihak berkuasa berkaitan.

Read More

Semua perlu henti guna Note 7

Seoul: Selepas memutuskan untuk memberhentikan sementara pengeluaran Note 7, Samsung hari ini meminta pemilik telefon pintar itu, sama ada model pertama atau model gantian supaya mematikan dan tidak tidak menggunakannya ketika syarikat itu menyiasat laporan telefon berkenaan terbakar.

Walaupun belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun Samsung dikatakan sedang menimbang untuk memberhentikan terus pengeluaran serta jualan model terkini dan tercanggih telefon pintar syarikat itu.

Akhbar Korea Selatan, Hankyoreh, melaporkan Samsung merancang memberhentikan terus pengeluaran Note 7.

Pengeluar telefon pintar utama dunia itu meminta semua pengedar di seluruh dunia menghentikan jualan serta pertukaran Note 7 ketika ia menyiasat punca telefon gantian terbakar.

Beberapa minggu selepas dilancarkan dua bulan lalu, Samsung menarik balik 2.5 juta unit Note 7 berikutan banyak kejadian model itu terbakar yang dikatakan berpunca daripada bateri dan menawarkan gantian Note 7 diperbaiki atau pulangan wang.

“Pengguna sama sama Note 7 asal atau model gantian perlu mematikan telefon itu dan berhenti menggunakannya,” kata Samsung dalam kenyataan hari ini.

Menurut penganalisis, pemberhentian pengeluaran Note 7 akan menyebabkan Samsung kerugian AS$17 bilion serta menjejaskan imej dan reputasi produk lain keluarannya, terutama telefon pintar.

Saham Samsung merosot lapan peratus bernilai $18.8 bilion semalam, kejatuhan terbesar dalam sehari sejak 2008.

Berikutan masalah itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Kementerian Pengangkutan Korea Selatan menegaskan Note 7 tidak boleh diguna atau dicaj dalam pesawat.

Read More

Samsung hentikan pengeluaran Note 7

Seoul: Pengeluar telefon pintar terkemuka dunia Samsung terus dilanda masalah apabila terpaksa memberhentikan pengeluaran Note 7 berikutan telefon gantian bagi menggantikan model berkenaan yang mengalami masalah bateri sebelum ini juga masih mempunyai masalah yang sama.

“Kami dalam proses ‘menilai kembali’ jumlah pengeluaran,” kata Samsung dalam jawapannya berikutan laporan mengenai masalah berkenaan.

Sejak minggu lalu, banyak laporan muncul di Internet dan media sosial mengenai telefon gantian Note 7 terbakar menyebabkan firma telekomunikasi Amerika Syarikat AT&T serta T-Mobile mengumumkan ia memberhentikan pertukaran telefon untuk Note 7.

Menurut Bloomberg, AT&T ialah pelanggan ketiga terbesar Samsung manakala T-Mobile, keempat.

Samsung sebelum ini, menarik balik kira-kira 2.5 juta unit Note 7 beberapa minggu selepas dilancarkan berikutan baterinya terbakar dan ada yang meletup. Ia kemudian menggunakan bateri daripada pembekal lain untuk Note 7 yang baru.

Samsung dilaporkan memberhentikan sementara pengeluaran Note 7 selepas perbincangan dengan pihak berkuasa keselamatan pengguna Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China.

AT&T bagaimanapun berkata, ia masih memberi tawaran kepada pengguna untuk menukar Note 7 kepada model Samsung yang lain atau jenama lain manakala T-Mobile memberhentikan terus jualan serta penukaran.

Telefon gantian yang juga bermasalah itu menyebabkan imej serta reputasi Samsung terjejas teruk.

“Samsung boleh memberhentikan pengeluaran dan jualan Note 7 namun masalah tidak berakhir di situ, ia menjejaskan imej jenama Samsung serta menjejaskan jualan model Galaxy yang lain,” kata penganalisis kewangan dan pasaran dari Dongbu Securities, S R Kwon.

http://www.hmetro.com.my/node/172897

Read More

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah ,Iskandariah ,Mesir. Beliau berasal daripada sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup yang serba sederhana.

Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama' ,imam ,guru dan pengarang beberapa kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar ,Mesir.Beliau lebih dikenali sebagai seorang yang bersopan santun ,pemurah ,merendah diri dan tingkah laku yang menarik . Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya .Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji ,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama' ,Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya.Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan rumah.Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut .Pertemuan ini memberikan kesan yang mendalam kepada pemikiran ,wawasan dan yang paling penting perwatakannya.Ketokohan ,keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Kepimpinan Hassan al-Banna

Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terselah sejak beliau masih di sekolah rendah .Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah .Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah penubuhan sufi,al-Ikhwan al-Hasafiyah.Melalui penubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam.Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan memasuki Pusat Latihan Perguruan.Selepas tiga tahun di sana ,beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir.Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang luas.Semasa di Kaherah,Hassan al-Banna terdadah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk .Parti-parti politik ,kumpualan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekualar kebanyakkannya melemahkan pengaruh Islam.Beliau kemudiannya menganggotai Pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam.Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat ,di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam yang terkenal seperti Muhibbudin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda,Farid Wajdi dan lain-lain.

Menubuhkan Ikhwanul Muslimin

Pada Mac 1928 ,dalam usia 23 tahun,Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam.Di rumah itu Jemaah Ikwan Muslimin telah ditubuhkan .Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul 'Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebauh sekolah di bandar Ismailiyah.
Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan ,beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar.Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948,beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang menghadapi Israel seolah-olah dinafikan.Kesamua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan,pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertemapat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin.Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang,Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur,seorang peguam ,suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut.Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding ,tetapi malangnya Menteri Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang.Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil,dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol.Mereka berdua terkena tembakan itu .Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di Hospital Qasral 'Aini ,mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna .Pada pukul 12.50 tengah malam,Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.Pada tarikh itulah dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farouk ,pemerintah Mesir pada ketika itu.
Read More

6 Reasons Why Everyone's Talking About 'The Girl On The Train'


1. It tells a perfectly human story

On her commute every day, Rachel passes by the home she used to own with her ex-husband, envying his life with his new wife and the baby she's always dreamed of having.

Somewhere along the way, she develops a strange hobby: Staring into the home of a perfect-looking couple just a few houses away from her old house, and vividly imagining (complete with made-up names) what their lives are like.

2. The best-selling novel it's based on remained #1 on the New York Times Fiction Best Sellers of 2015 list for 13 consecutive weeks

The novel's astounding success is a clear indication that the story resonates deeply with the modern-day audience. Following its 2015 achievement, this intimate thriller rose to the top spot again in early January for 2 weeks. The book has since been translated to more than 40 languages.


3. You will not see the plot twist coming

Woven into the seemingly mundane lives of the suburbia dwellers is a murder mystery waiting to be solved. Along the way towards the climax, the movie drops mini gasp-worthy reveals, including the real reason why Rachel is on the train everyday.

Read More

Jam Tangan SINOBI 9688L Wanita

Anggaran Penghantaran 7-9 Hari

Nombor penjejakan boleh didapati dalam masa 3 hari.



Sinobi 9688L Female Quartz Watch Fancy Ceramic Band Hardlex Glass Mirror Butterfly Clasp Quartz Watch

Main Features:

- Imported quartz movement, making sure you have the most precise time in hand

- Artificial shining diamond dial decoration shows us an elegant and unique watch

- The rose gold / silver premium watch case can match almost any casual and formal outfit

- Hardlex glass mirror features anti scratch and wear resistance, maintaining enduring new look

- Stainless steel butterfly double buckle, both safe and simple

- Daily water resistance, please don't submerge it under the water

Band Length: 5.34 inch

Band Material Type: Ceramic

Band Width: 14mm

Case material: Alloy

Case Shape: Round

Clasp type: Hidden Buckle

Dial Diameter: 1.16 inch

Dial Display: Analog

Dial Window Material Type: Hardlex

Gender: Women

Movement: Quartz

Package weight: 0.091 kg

Product Size(L x W x H): 16.50 x 3.00 x 1.00 cm / 6.5 x 1.18 x 0.39 inches

Package Size(L x W x H): 17.50 x 4.00 x 2.00 cm / 6.89 x 1.57 x 0.79 inches

Package Contents: 1 x Sinobi 9688L Female Quartz Watch

Waranty: 3 months

Harga : RM 105.00

Berminat boleh whatsapp/ sms kod produk ke 0136760259



Kod Produk : CN180330301

Kod Produk : CN180330302


Read More